Kau adalah permata hatiku
Menerangi warna kehidupanku
Memberiku kasih dan sayang
Agar abadi selamanya
Hidup bersamamu terukir nikmat
Sewaktu disaat kita berdua
Akan ku berikan secebis rantai
Yang bakal engkau menyertainya
Emaliza ku sebut namamu
Hadirlah kau di sisiku
Walau sedetik tak mungkin berpisah
Kerana cintamu hanya untukku
Sinar matamu memancar
Membuat ku semakin merinduimu
Hanyalah satu permintaanku
Agar sentiasa kau bersamaku